El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Sejarah El Nino di Malaysia:
Malaysia pernah mengalami fenomena El Nino pada tahun 1998. Suhu tertinggi ketika berlakunya El Nino iaitu 40.1 darjah Celsius. Bacaan suhu ini direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.
Terbaru! Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan El Nino bakal melanda Asia Tenggara bulan Jun 2014 ini. Means, bulan depan! Sama ada Malaysia bakal terkena tempias El Nino atau pun tidak, perkara itu belum dapat dipastikan. Moga-moga Malaysia tidak dilanda El Nino.
Tapi, better sediakan payung sebelum hujan. Sebelum berlakunya El Nino, kena buat persediaan rapi. Persediaan bekalan air yang mencukupi dalam menghadapi El Nino bagi mengelak krisis bekalan air.
No comments:
Post a Comment